Tuesday, May 25, 2010

tingin...

tinginnye aku...
nak pergi jauh...
jauh dari semua...
tinginnye aku...
bawa diri yang selalu saje murung dan bersedih nie...
tinginnye aku...
duk kat awan sambil lihat macam3 ragam manusia...
tapinye ta mampu...
kene jugak aku hadapi semua nie...
segala dugaan nie...haih...
tp lau diberi peluang...
akan aku amik peluang itu dan xkan sia3kannye ;)

Cloudy day 1024x768 Pictures, Images and Photos

Sunday, May 23, 2010

haih...

sebaknye hati aku ini...terlalu sebak...teramat sebak...
mengape UJIAN dan DUGAAN dariNya ini amat pedih?...
mengape?
mengape mesti aku yang mendapat dugaan ini lebih teruk dari orang lain?
mengape aku? suda xtertanggung rasanya...
kebenaran semua terungkap sekian lame...amat3 menyakitkan kebenaran itu...pengakuan itu...
benar3 menyakitkan diri aku...
haih...aku xtau perlu ke aku tempuhi semua ini dengan tenang or selagi boleh ku tinggal ku tinggalkan...
perlu ke pengorbanan aku nie? perlu ke...?
aku terkedu setiap ayat3 itu...teramat terkedu...
tp sbaliknya aku juga dipersalahkan...xpelaa...aku terima...
tp ayat itu seolah2 aku nie penghalang segala3nya...
dan tu jugak aku berfikir sape aku untuknya?
apekah aku untuknya?
pentingkah aku untuknya?
haih...tahlaa...

aku ingt aku da kecapi kebahagiaan aku...p nmpknya hanye la smentara...
erm...

Thursday, May 13, 2010

tink tonk~


waaa~ rambut pending sudaaa agak P A N J A N G sket lerrr~
pheuuwww~
tgk pix neh cam sayang jek nak wat R E L A X U R E .
tp xpelaa...tgu loan masuk jek laa :)
buat jek...b4 diz da wat rebond~p amat FLAT laa...super leper nmpak...
p mg laa tahan lame ;)
p kali nie juz nak try relaxure jek...nak nampak more natural...cam ambut cine ;D

p/s : wish me luck~hahaha tengah nak menyimpan rambut agi neh~then da puas arulaa bertudung ;D

Wednesday, May 12, 2010

aku B E B A S!!!

yeahhhh!!! aku da 
S U P E R B E B A S~
da abis exam da katekan...hehehe :)
tp result plak wat aku ketar :p

Thursday, May 06, 2010

aku gastrik ke...urghhh T.T


lately nie perut sakitnye laa...
muntah3 aje...hampir setiap ari...
makan pon kua balik...pai lemah satu badan...n kembong aje perut nie...
pai byk kali g kinik...sume xjadik pape...antare kinik yg aku g...:
1. klinik rosli - xjadi pape gak...T.T 
2. klinik pesakit luar - pown duk muntah lagi~
3. kuantan medical centre (kmc) - amek kau...2rat lebih kene...bengkok kejap...dah laa siap kene masuk air agi...adedeh~sian kawan aku cik mok kene teman pai 2,3 jam...
time kaseh syg...terhutang budi sy pade kamu... ;') sy terharu...
so ni serbe sikit pasal gastrik...huk~
credit to : http://sweetcandyme.blogspot.com (hope xmarer ;D)
INTRO
KEBANYAKAN orang pernah mengalami gastrik pada satu ketika dan perkara ini boleh dianggap normal. Jika simptom penyakit itu berterusan atau menjadi semakin teruk, ia perlu mendapat rawatan doktor untuk perhatian seterusnya.
Penyakit gastrik adalah kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami di bahagian perut. Ia digelar dyspepsia di kalangan pakar perubatan. Kesakitan ini mungkin akan jadi lebih teruk selepas makan atau ketika perut kosong. Namun begitu, ada kalanya kesakitan ini tiada kaitan dengan makanan yang diambil.
Terdapat beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang penghasilan cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetil-kolin, hormon gastrin, histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia ini dihasilkan daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid, alkohol dan kalsium.
Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat rembesan perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan perut boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut. Namun, lapisan gel mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut daripada sebarang kecederaan dengan cepat. Proses ini biasanya memakan masa kira-kira 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan usus merupakan faktor utama yang menentukan kejadian ulser peptik.
Bahagian duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah dihadamkan. Makanan itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal perut. Di sini rembesan gastrik bercampur dengan makanan sebelum disalurkan ke bahagian duodenum (bahagian atas usus kecil).
Kadar pengosongan perut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti hormon, larutan yang pekat, larutan berasid, bahan berlemak dan perut yang distensi (kembung).
Perut sentiasa terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai bahan dapat masuk ke dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut (segera) atau kronik (berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem gastrousus jika mekanisme pertahanan gagal mengawal keadaan.


SIMPTOM-SIMPTOM
Lain-lain simptom penyakit gastrik adalah kembung perut, loya dan muntah. Manakala kesakitan yang dirasai di bahagian tengah dadah dipanggil reflux. Reflux berlaku apabila asid naik ke atas, iaitu ke oesophagus (saluran yang membawa makanan dari mulut ke perut).
pedih ulu hati, terasa cepat lapar, kembung, pendek nafas, pening, loya dan letih tak bermaya

JENIS-JENIS GASTRIK
Terbahagi kepada dua iaitu ulser perut dan non-ulser dyspepsia.
Terdapat dua jenis penyakit ulser perut: gastrik ulser yang terjadi di bahagian perut manakala duodenal ulcer pula berlaku pada deuodenum, iaitu saluran usus kecil yang membawa makanan keluar dari perut.
Non-ulser dyspepsia pula boleh disebabkan oleh reflux, gastritis (penyakit radang perut yang terdapat pada lapisan lendir) atau gangguan dalam perut dan pengecutan usus.Helicobacter pylori pula adalah sejenis bakteria yang terdapat di dalam lapisan mukosa perut dan mengambil peranan yang penting terjadinya ulser perut.

LANGKAH PENCEGAHAN
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan gastrik.
  • Jangan makan terlalu banyak pada sesuatu masa.
  • Elakkan dari mengambil makanan yang terlalu pedas dan berempah
  • Jangan merokok atau minum minuman keras.
  • Elakkan dari mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan sakit kecuali paracetamol/panadol terutama untuk penghidap penyakit sendi.
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan daripada terjadinya reflux (simptom gastrik) .
  • Jangan terlebih berat badan. Kurangkan berat andai anda gemuk.
  • Jangan makan sebelum tidur.
  • Tidur dengan menggunakan dua bantal supaya kepala anda lebih tinggi enam hingga lapan inci dari badan.
  • Elakkan dari memakai pakaian dan tali pinggang yang ketat.

CARA RAWATAN
Pesakit boleh memilih sama ada untuk merawat sendiri atau merujuk kepada doktor. Kesemua ini bergantung kepada tahap serta jenis masalah yang dialami oleh individu.
Jika rungutan berkaitan dengan masalah bahagian atas sistem gastrousus seperti gastritis akut tanpa pendarahan dan reflux, pesakit boleh mengamalkan swa-pengubatan dengan berjumpa ahli farmasi dan mendapatkan nasihat serta ubat yang sesuai.
Ubat dalam kumpulan antasid hanya boleh disarankan jika pesakit mengalami serangan akut atau masalah tersebut disebabkan oleh jenis dan jumlah makanan yang dimakan, pengambilan minuman beralkohol atau tekanan emosi.
Individu yang mengalami masalah, dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan berlaku kecederaan yang teruk pada bahagian lapisan perut, maka pesakit tersebut harus dirujukkan kepada doktor. Pemerhatian dari doktor sangat penting jika individu mengalami gangguan yang kronik atau menghidap penyakit ulser.
Ini sangat penting kerana pesakit mungkin mengalami masalah lain seperti kanser pada bahagian perut atau duodenum. Gastritis akut yang berlaku berulang-ulang boleh mengakibatkan ulser gastrik.
Beberapa kelas ubat-ubatan boleh digunakan bergantung kepada jenis dan tahap masalah tersebut. Secara ringkas, ia terdiri daripada kumpulan antasid, kumpulan antibiotik, kumpulan antagonis (atau penghalang) reseptor H2, penghalang pam asid dan ubat-ubatan pelindung lapisan mukosa.
Dengan adanya pengetahuan tentang proses berlaku gastritis dan ulser, faktor penyebab dan rawatan yang tepat, masalah yang dihadapi oleh individu boleh dirawat.

P.S: Sarapan pagi adalah amat perlu terutama bagi penghidap gastrik
P.S.S.S : Bagi yang belum menghidap gastrik, jagalah permakanan anda. Cuba kurang air yang berkarbonat dan makanan yang pedas sangat. Jaga waktu pemakanan anda walau sesibuk mana sekalipun.

Wednesday, May 05, 2010

weuu F I N A L mode activated~

wuaaaarghhh~

sok da FINAL weyh~
super berdebar aku nie...
heee...hope dapat wat ngan jayenye...;)
dah laa kene maintain pointer~heee...
mak, ayah, abg3, adek3, kawan, sedare mare, bff and baby doakan moge saye dapat jawab ngan baek t :)



whoah~ kene study hard meyh for tomorrow~
wed (5.5) - account - 830am killer subject~oow dear~
sat (8.5) - pycho - 830am
sun (9.5) - management - 1100am
- etnik - 230pm
mon (10.5) - economy - 1100am
wed (12.5) - LAW - 830am killer subject T.T


heeeee...takutttt~


jangan pai aku SUPER BLANK & PENDING da laaa...tido laa jawabnye ;p

sorayaPENDING


wish me luck yee...mecih ;D

Sunday, May 02, 2010

jangan lupakan~


Video Klip Nidji - Jangan Lupakan


You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku

mereka yg sentiase bersama sy ;D



comel kan mereka?
mereka adelah bff saye...time saye susah dorang tlg...time senang same3 senang...

time kaceh :D

amat3 sayang kamuuuuuuuuu seme ;D